Mengenali Rempah Ratus

Bunga Cengkih

Keistimewaan bunga cengkih adalah mempunyai aroma wangi walaupun dikeringkan. Jenis Rempah ratus ini boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti ditumis, direbus, ditanak dan nasi, dan boleh juga dikisar intuk dijadikan bahan perap ayam dan daging. Bunga cengkih juga boleh dibuat minyak untuk tujuan perubatan tradisional.

 

 

Kayu Manis

Kulit kayu mais boleh dibuat minyak untuk tujuan rawatan jangkitan kulat. Kajian mendapati kulit kayu manis ini mempuntai bahan anti mikro yang boleh melawan jangkitan kulat.

 

Buah Pelaga

Buah pelaga merupakan buah yang terkenal dengan aroma wangi sebagai perisa masakan. Jenis rempah ratus ini juga sering digunakan untuk resepi membuat sup. Bagi Masyarakat India Buah pelaga ini digunakan dalam resepi membuat manisan. Manakala bagi orang timur tengah memggunakan buah pelaga dalam minuman teh. Buah Pelaga juga dikatakan boleh membantu sistem pencernaan seperti membuang angin berlebihan dan melawaskan pembuangan air kecil.

 

Bunga Lawang

Bunga Lawang mempunyai aroma yang harum walaupun belem dimasak. Sesuai dengan namanya yang berbentuk bintang dan berwarna coklat kehitaman. Pada jalur bintangnya mempunyai biji benih yang terselit berwana coklat. Walaupun kecil, bunga lawang ini mempunyai kandungan yang membantu dalam proses pencernaan manis. Petua orang dahulu meminum air rebusan bunga lawang untuk kesihatan perut dan kulit.

 

Jintan Manis

Jintan manis adalah bahan masakan yang tidak asing lagi di malaysia. Jintan manis ini sangat kerap digunakan di dalam masakan seperti menu kari dan sup. Jenis rempah ratus ini mempunyai pokok yang berupaya untuk tumbuj setinggi 2 meter. Biji jintan diperoleh apabila terhasilnya biji di dalam bunga pokok jintan manis. Pokok jintan manis ini mempunyai kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan. Antaranya vitamin B dan A, zat besi, magnesium, dan zink.

 

Jintan Putih

Jintan putih adalah rempah yang mempunyai aroma yang wangi, namum rasa mentahnya pahit. Perbezaan dengan jintan manis adalah melalui warnanya, jintan putih lebih putih berbanding jintan manis.Kedua-dua jintan ini sangat kerap digunakan sebagai menu untuk perapan. Jintan ini akan dikisar hingga hancur kemudian dicampur dengan bahan perapan lagi.

 

Buah Keras

Buah keras biasa digunakan di dalam masakan sebagai agen untuk emekatkan kuah. Jenis rempah ratus ini akan dikisar terlehih dahulu bersama-sama bahan masakan yang lain, fungsinya akan memekatkan kuah disamping memberi rasa yang enak untuk dimakan. Buah keras mengadung kandungan serat yang tinggi, maka dengan pengambilan buah keras dalam menu masakan secara tikak langsung membantu dalam proses pencernaan badan manusia.

 

Biji Sawi

Biji sawi adalah biji yang diperoleh dari pokok mustard. Ia biasa digunakan dalam hidangan orang melayu dan India. Biji sawi ini biasanya ditumis minyah atau ditumis kering bagi mengeluarkan aroma wanginya. Rasanya yang sedikit pedas dan bersifat panas biasa digunakan dalam ramuan membuat rempah untuk masakan. Biji sawi ini sudah pasti menpunyai khasiat antaranya melancarkan sistem percernaan.

Lada Hitam

Lada Hitam adalah biji yang berwarna coklat kehitaman. Lada hitam biasanya digunakan sebagai perasa bagi hidangan. Tekstur rasanya yang memberi sedikit rasa pedas dan dingin menjadikan jenis rempah ratus ini disukai ramai. Lada hitam adalah rempah yang mengandungi anti radangan yang baik. Proses keradangan akan mengakibatkan seseorang mengalami penyakit seperti angin ahmar, parkinson, malah kanser.

 

Biji Halba

Biji halba sangin sinonim dengan masakan nasi dagang di Malaisia, ini kerana dalam nasi dagang terdapat biji halba yang di tanak bersama beras. Jenis rempah ratus ini dikatakan berasal dari timer tengah. Biji halba ini juga sangat senonim dalam masakan orang india dan mesir. Khasiat biji halba ini dikatakan boleh membantu organ pencernaan seperti membuang angin berlebihan dan batuk. Biji halba ini juga bagus untuk ibu yang menyusu kerana boleh melancarkan pengeluaran susu ibu.